Persatuan Mahasiswa Persuratan Melayu didaftarkan di bawah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
Fasal II: Takrif Nama Persatuan
Persatuan adalah membawa maksud pelajar yang melakukan aktiviti dan bergerak dalam satu kumpulan tertentu.Mahasiswa adalah membawa maksud golongan cerdik pandai yang berada di universiti.Persuratan adalah membawa maksud bidang kesusasteraan, merujuk kepada lembaran-lembaran kesusasteraan.Melayu adalah membawa maksud bangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Fasal III: Matlamat
- Memupuk ilmu pengurusan diri dan persatuan dalam diri setiap ahli persatuan
- Mengembangkan bidang kesusasteraan dan peranan Universiti dengan lebih giat.
- Mencapai kerjasama yang erat di antara ahli dan penasihat Persatuan.
- Mengeratkan hubungan pelajar Universiti dengan masyarakat luar.
Fasal IV: Keahlian
Dikhususkan kepada Program Kesusasteraan Melayu yang melibatkan keseluruhan semester.
Fasal V: Yuran
Yuran ditetapkan bagi setiap semester adalah sebanyak RM 5.00. Namun yuran juga boleh dikutip apabila Persatuan mengadakan sesuatu aktiviti atau program. Kadar kutipan yuran itu adalah tertakluk kepada kata putus bendahari setelah berbincang dengan Presiden. Mengikut kadar yang sepatutnya.
Fasal VI: Pengurusan Persatuan
Persatuan diuruskan oleh Presiden dan penasihat serta dibantu oleh AJK Tertinggi dalam persatuan.
Fasal VII: Tugas dan Kuasa Majlis Tertinggi
7.1 Majlis tertinggi
Mengadakan mesyuarat sebulan sekali. Membincangkan tentang aktiviti dan perkara-perkara berbangkit.
7.2 Presiden
Menguruskan dan menyelia perjalanan persatuan. Merancang dan mengendalikan program-program baru. Memastikan keterlibatan kesemua AJK dan ahli persatuan.
7.3 Timbalan Presiden
Membantu Presiden dalam menguruskan persatuan. Merancang dan mengendalikan program-program baru bersama presiden.
7.4 Setiausaha Agung
Menguruskan hal-ehwal berkaitan persuratan dan juga meminitkan mesyuarat setiap kali mesyuarat dijalankan. Membantu Presiden dalam menguruskan persatuan.
7.5 Penolong Setiausaha Agung
Membantu kerja-kerja Setiausaha Agung
7.6 Bendahari
Menguruskan kewangan Persatuan. Membentangkan belanjawan Persatuan setiap kali mesyuarat diadakan.
7.7. Penolong Bendahari
Membantu kerja-kerja kewangan Bendahari Persatuan
7.8.Editor
Membuat dan mengumpulkan laporan setiap kali persatuan mengadakan aktiviti
7.9.Ahli Jawatankuasa Yang Lain:
Ketua Biro, Pengangkutan, Publisiti, Perpaduan Dan Kebajikan, Persiapan Tempat, Seminar, Keselamatan.
Fasal III: Mesyuarat Agung
Diadakan setiap satu tahun sekali. Mesyuarat ini akan dihadiri oleh Dekan Fakulti, Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu dan Penasihat Persatuan serta akan mengundang wakil dari pihak HEP.
Fasal IX: Pentadbiran
Diuruskan oleh AJK Tertinggi yang diketuai oleh Presiden dan membincangkan dengan Penasihat Persatuan.
Fasal XI: Kewangan
Diuruskan oleh Bendahari dan Penolong Bendahari. Perlu membincangkannya juga dengan Presiden Persatuan dan juga Penasihat Persatuan
Fasal XII: Pindahan Perlembagaan
Hendaklah dilakukan dengan persetujuan semua ahli. AJK Tertinggi harus mengundi terlebih dahulu. Undiannya hendaklah 1/2 daripada undian.
Fasal XIII: Pembubaran Persatuan
Dilakukan hanya sekirannya semua ahli bersetuju. Undian Hendaklah seratus peratus daripada jumlah undian.
Fasal XIV: Penasihat Persatuan
Penasihat asal persatuan ini adalah En Abdul Halim Ali. Persatuan ini ditubuhkan atas insiatif beliau. Dr. Mohd Rosli Saludin juga merupakan penasihat persatuan ini.
Sesiapa yang menjadi ketua jabatan akan menjadi penasihat persatuan dan secara langsung akan menjadi ketua penasihat. Sekirannya Persatuan hendak melantik penasihat baru. Harus mendapat persetujuan dan undian 1/2 jumlah undian yang dibuat.