Ajk tertinggi dan Exco Persuratan Melayu mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada seluruh mahasiswa Kesusasteraan Melayu di UPSI. Semoga berjaya dan mendapat PNGK yang terbaik.
PEJUANG SASTERA
Monday, November 2, 2009
Friday, October 9, 2009
Perlembagaan Persatuan Mahasiswa Persuratan Melayu
Persatuan Mahasiswa Persuratan Melayu didaftarkan di bawah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
Fasal II: Takrif Nama Persatuan
Persatuan adalah membawa maksud pelajar yang melakukan aktiviti dan bergerak dalam satu kumpulan tertentu.Mahasiswa adalah membawa maksud golongan cerdik pandai yang berada di universiti.Persuratan adalah membawa maksud bidang kesusasteraan, merujuk kepada lembaran-lembaran kesusasteraan.Melayu adalah membawa maksud bangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Fasal III: Matlamat
- Memupuk ilmu pengurusan diri dan persatuan dalam diri setiap ahli persatuan
- Mengembangkan bidang kesusasteraan dan peranan Universiti dengan lebih giat.
- Mencapai kerjasama yang erat di antara ahli dan penasihat Persatuan.
- Mengeratkan hubungan pelajar Universiti dengan masyarakat luar.
Fasal IV: Keahlian
Dikhususkan kepada Program Kesusasteraan Melayu yang melibatkan keseluruhan semester.
Fasal V: Yuran
Yuran ditetapkan bagi setiap semester adalah sebanyak RM 5.00. Namun yuran juga boleh dikutip apabila Persatuan mengadakan sesuatu aktiviti atau program. Kadar kutipan yuran itu adalah tertakluk kepada kata putus bendahari setelah berbincang dengan Presiden. Mengikut kadar yang sepatutnya.
Fasal VI: Pengurusan Persatuan
Persatuan diuruskan oleh Presiden dan penasihat serta dibantu oleh AJK Tertinggi dalam persatuan.
Fasal VII: Tugas dan Kuasa Majlis Tertinggi
7.1 Majlis tertinggi
Mengadakan mesyuarat sebulan sekali. Membincangkan tentang aktiviti dan perkara-perkara berbangkit.
7.2 Presiden
Menguruskan dan menyelia perjalanan persatuan. Merancang dan mengendalikan program-program baru. Memastikan keterlibatan kesemua AJK dan ahli persatuan.
7.3 Timbalan Presiden
Membantu Presiden dalam menguruskan persatuan. Merancang dan mengendalikan program-program baru bersama presiden.
7.4 Setiausaha Agung
Menguruskan hal-ehwal berkaitan persuratan dan juga meminitkan mesyuarat setiap kali mesyuarat dijalankan. Membantu Presiden dalam menguruskan persatuan.
7.5 Penolong Setiausaha Agung
Membantu kerja-kerja Setiausaha Agung
7.6 Bendahari
Menguruskan kewangan Persatuan. Membentangkan belanjawan Persatuan setiap kali mesyuarat diadakan.
7.7. Penolong Bendahari
Membantu kerja-kerja kewangan Bendahari Persatuan
7.8.Editor
Membuat dan mengumpulkan laporan setiap kali persatuan mengadakan aktiviti
7.9.Ahli Jawatankuasa Yang Lain:
Ketua Biro, Pengangkutan, Publisiti, Perpaduan Dan Kebajikan, Persiapan Tempat, Seminar, Keselamatan.
Fasal III: Mesyuarat Agung
Diadakan setiap satu tahun sekali. Mesyuarat ini akan dihadiri oleh Dekan Fakulti, Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu dan Penasihat Persatuan serta akan mengundang wakil dari pihak HEP.
Fasal IX: Pentadbiran
Diuruskan oleh AJK Tertinggi yang diketuai oleh Presiden dan membincangkan dengan Penasihat Persatuan.
Fasal XI: Kewangan
Diuruskan oleh Bendahari dan Penolong Bendahari. Perlu membincangkannya juga dengan Presiden Persatuan dan juga Penasihat Persatuan
Fasal XII: Pindahan Perlembagaan
Hendaklah dilakukan dengan persetujuan semua ahli. AJK Tertinggi harus mengundi terlebih dahulu. Undiannya hendaklah 1/2 daripada undian.
Fasal XIII: Pembubaran Persatuan
Dilakukan hanya sekirannya semua ahli bersetuju. Undian Hendaklah seratus peratus daripada jumlah undian.
Fasal XIV: Penasihat Persatuan
Penasihat asal persatuan ini adalah En Abdul Halim Ali. Persatuan ini ditubuhkan atas insiatif beliau. Dr. Mohd Rosli Saludin juga merupakan penasihat persatuan ini.
Sesiapa yang menjadi ketua jabatan akan menjadi penasihat persatuan dan secara langsung akan menjadi ketua penasihat. Sekirannya Persatuan hendak melantik penasihat baru. Harus mendapat persetujuan dan undian 1/2 jumlah undian yang dibuat.
Posted by PERSURATAN MELAYU_UPSI at 9:52 AM 0 comments
Sunday, July 5, 2009
SELAMAT DATANG
Assalamualaikum...selamat datang diucapkan kepada pelajar-pelajar baharu dan pelajar senior Kesusasteraan Melayu, semoga semester ini akan lebih baik daripada semester sebelumnya, bagi pelajar baharu semoga cepat menyesuaikan diri dengan pembelajaran...
Posted by PERSURATAN MELAYU_UPSI at 2:19 AM 0 comments
Wednesday, May 6, 2009
SELAMAT BERCUTI..
SALAM...SELAMAT BERCUTI DI UCAPKAN KEPADA PENSYARAH-PENSYARAH KESUSASTERAAN MELAYU, MAHASISWA/I KESUSASTERAAN MELAYU DAN SELURUH WARGA KESUSASTERAAN MELAYU UPSI DARIPADA PRESIDEN DAN SELURUH EXCO PERSURATAN MELAYU SESI 08/09..SEMOGA DAPAT MEMANFAATKAN CUTI HAMPIR 2 BULAN INI DENGAN AKTIVITI YANG DAPAT MENINGKATKAN INTELEKTUAL..
Posted by PERSURATAN MELAYU_UPSI at 6:17 AM 0 comments
Monday, April 27, 2009
MAKLUMAT TERBARU 27/04/2009
PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA KESUSASTERAAN MELAYU UPSI SAMBUTAN BAGI MENYAMBUT KENAIKKAN PANGKAT PROF. MADYA DATUK PADUKA DR MOHD ROSLI BIN SALUDIN PADA MALAM INI 27/04/2009 DI TUNDA KEPADA SEMESTER HADAPAN..HARAP MAKLUM...
Posted by PERSURATAN MELAYU_UPSI at 2:43 AM 0 comments
Thursday, April 16, 2009
MAKLUMAT TERBARU DARIPADA SEMESTER 3 SESI 2009/2010
SALAM..KEPADA SEMUA MAHASISWA/I KESUSASTERAAN MELAYU, DISINI ADA 1 MAKLUMAT TERBARU DARIPADA SEMESTER 3 SESI 09/10, KETUA SEMESTER TERBARU IALAH MOHD AZREIN BIN ABBAS (+60122411863) DAN PENOLONG IALAH SUNITA ANAK ITANG (+6013-5920468. JIKA ADA APA2 KEMUSYKILAN ATAU MAKLUMAT TERBARU BOLEHLAH MENGHUBUNGI MEREKA..HARAP MAKLUM
Posted by PERSURATAN MELAYU_UPSI at 7:48 PM 0 comments
Wednesday, April 15, 2009
TAHNIAH..
Tahniah kepada pelajar semester 2 Kesusasteraan Melayu yang telah terpilih untuk pertukaran pelajar antara IPTA di UKM ,2 orang tersebut yang telah terpilih adalah
MOHD SHAHIR BIN MOHD NAJIB (UKM)
SYZWAN BIN MD SALLEH (UKM)
Tahniah di ucapkan kepada ketiga-tiga Mahasiswa yang terpilih, semoga pertukaran pelajar ini dapat menaikkan lagi nama Fakulti Bahasa UPSI dan Jabatan Kesusasteraan Melayu UPSI.
Posted by PERSURATAN MELAYU_UPSI at 2:08 AM 0 comments
Friday, April 10, 2009
SEKALUNG TAHNIAH DARIPADA PERSURATAN MELAYU
Presiden Persuratan Melayu dan seluruh EXCO Persuratan Melayu 08/09 serta pelajar Kesusasteraan Melayu mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Prof. Madya Datuk Paduka Rosli b Saludin di atas kenaikkan pangkat beliau kepada Prof. Madya. Dengan kejayaan beliau ini nama Fakulti Bahasa serta Jabatan Kesusasteraan Melayu lebih di pandang tinggi. Semoga kejayaan Prof ini menjadikan mahasiswa/i Kesusasteraan Melayu lebih bersemangat dalam mencapai Graduan Kelas Pertama.
TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN PROF.
Posted by PERSURATAN MELAYU_UPSI at 9:02 PM 0 comments
MAKLUMAT TERBARU
Salam..perhatian kepada semua mahasiswa/i Kesusasteraan Melayu, seorang pensyarah kita iaitu Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Bin Saludin telah dinaikkan pangkat kepada Prof. Madya Datuk Paduka Rosli b Saludin, dengan ini satu keraian akan diadakan seperti berikut ;
HARI : ISNIN
TARIKH : 27 APRIL 2009
TEMPAT : LAMAN PENDETA FAKULTI BAHASA UPSI
p/s : semua pelajar di kehendaki hadir pada hari tersebut.
Posted by PERSURATAN MELAYU_UPSI at 8:57 PM 0 comments
Thursday, February 19, 2009
Sunday, February 1, 2009
Selamat Datang
Assalamulaikum, selamat datang kepada pengunjung-pengunjung blog Persuratan Melayu UPSI, semoga anda mendapat info dan pengetahuan daripada blog ini, terima kasih.
Posted by PERSURATAN MELAYU_UPSI at 7:13 AM 0 comments